SEJARAH SOLAT

1. Solat SUBUH



~ Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam A.S iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.

* Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan & baginda berasa takut yang amat sangat.

~ Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam A.S pun bersembahyang dua rakaat yang mana ;

* Rakaat pertama bermaksud : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam

~ Rakaat kedua bermaksud : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma



2. Solat ZUHUR



~ Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim A.S iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S.

* Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

~ Rakaat pertama bermaksud : Tanda bersyukur bagi penebusan

*Rakaat kedua bermaksud : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya & juga anaknya

~ Rakaat ketiga bermaksud : Tanda bersyukur & memohon akan keredhaan Allah SWT

* Rakaat keempat bermaksud : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas





3. Solat ASAR



~ Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.

* Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar .

~ Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada empat kegelapan iaitu

* Rakaat pertama bermaksud : Kelam dengan kesalahan

~ Rakaat kedua bermaksud : Kelam dengan air laut

* Rakaat ketiga bermaksud : Kelam dengan malam

~ Rakaat keempat bermaksud : Kelam dengan perut ikan Nun



4. Solat MAGHRIB



~ Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan & kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.

* Bersyukur Nabi Isa A.S lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.

~ Rakaat pertama bermaksud : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa

* Rakaat kedua bermaksud : Untuk menafikan tuduhan & juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang

~ Rakaat ketiga bermaksud : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua / tiga



5. Solat ISYAK



~ Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S.

* Pada masa itu, Nabi MUsa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.

~ Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir.

* Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur

~ Rakaat pertama bermaksud : Tanda dukacita terhadap isterinya

* Rakaat kedua bermaksud : Tanda dukacita aterhadap saudaranya Nabi Harun

~ Rakaat ketiga bemaksud : Tanda dukacita terhadap Firaun

* Rakaat keempat bermaksud : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

1 comments:

Apa ada dalil yg menjelaskan riwayat anda dari Al-quran ataupun sunnah ???

kalau tidak ada tolong hapus blog anda,
karena ini bisa menjadikan kaum muslim tersesat, walaupun dianggap baik.

March 18, 2009 at 8:50 AM  

Newer Post Older Post Home